Surau An-Naim

Surau An-Naim bertempat di Bandar Seremban Selatan Fasa 3B,surau ini merupakan tempat untuk melakukan ibadat berjemaah bagi penduduk di Taman ini.Banyak aktiviti-aktiviti keagamaan telah dijalankan di surau ini.Samada untuk kaum lelaki,perempuan mahu pun kanak-kanak.Surau ini bersebelahan dengan Bangunan KAFA.Sessi pengajian kelas KAFA hanya diadakan pada satu sessi sahaja iaitu pada sebelah petang.Kelas diadakan pada hari Isnin,Selasa,Khamis dan Jumaat.Kelas ini dibuka untuk semua anak-anak dari penduduk Bandar Seremban Selatan Fasa 3B serta dibuka untuk semua anak-anak penduduk bagi Taman-taman yang berhampiran.

Jumaat, 23 Julai 2010

Kem Ibadat Pelajar 10 & 11 tahun SARA An-Na'im

Kem Ibadat anjuran SARA An Na'im & Pusat At Tabiyan dilangsungkan di Surau An Na'im pada 23hb.Julai 2010 hingga 25hb.Julai 2010.Semasa Kem ini dijalankan pelbagai aktiviti-aktiviti keagamaan didedahkan kepada pelajar yang mengikuti kem ini.Semua pelajar diwajibkan tidur di SARA.Semasa aktiviti ini dijalankan keselamatan pelajar diselia oleh Guru-Guru  SARA An Na'im dengan kerjasama daripada Ahli Jawatan Kuasa Surau An Na'im bagi memastikan segala perancangan yang diatur berjalan dengan lancar.

Ahad, 11 Julai 2010

Kerosakkan Siling Surau An-Naim

Surau An-Naim telah mengalami  kerosakkan siling pada hari Rabu 07/07/2010 (24 Rejab 2010) dimana 6 keping siling telah runtuh akibat angin & hujan yang terlalu kuat.Perkara ini telah dilaporkan kepada JAINS pada keesokkan harinya dan pihak JAINS telah menghantar Pegawainya serta kontaraktor yang terlibat pada malam Jumaat yang lalu bagi melihat keadaan sebenar yang berlaku.Kerja-karja membaik pulih telah dilakukan pada 09/07/2010 bersamaan 27 Rejab 1431H ( Sabtu ) ini adalah disebabkan Surau An-Naim akan mengadakan Majlis Sambutan Israk & Mikraj.Pihak Surau An-Naim mengucapkan jutaan terima kasih pada pihak JAINS di atas kerjasama dan bantuan yang telah diberikan.

AJK Surau An-Naim Sessi 2010 ~ 2012

Pengerusi - En.Mohd.Salimin
N / Pengerusi - En.Ikmal Hisham
Setiausaha - En.Hasan
Bendahari - En.Mat Basir
Imam 1 / Penasihat - Ust.Mohd.Fuad
Pengerusi KAFA - Tuan Haji Hamdan
Imam 2 - En.Amran,En.Kori,En.M.Arif,Tuan Hj.Hamdan & En.Ikmal Hisham

Gambar Surau An-Naim

Ceramah Israk & Mikraj

Sempena Menyambut Sambutan Israk & Mikraj,Surau An-Naim telah mengadakan majlis ceramah Israk & Mikraj yang disampaikan oleh Ust.Kamal Ashaari pada 10/07/2010 ( 27 Rejab 1431H )

Mesyuarat Agong Kali Ke 3

Surau An-Naim telah dilangsungkan pada 10/07/2010 ( 27 Rejab 1431H ).Dimana pemilihan Ahli Jawatankuasa Bagi Sessi 2010 ~ 2012 telah dipilih.