Surau An-Naim

Surau An-Naim bertempat di Bandar Seremban Selatan Fasa 3B,surau ini merupakan tempat untuk melakukan ibadat berjemaah bagi penduduk di Taman ini.Banyak aktiviti-aktiviti keagamaan telah dijalankan di surau ini.Samada untuk kaum lelaki,perempuan mahu pun kanak-kanak.Surau ini bersebelahan dengan Bangunan KAFA.Sessi pengajian kelas KAFA hanya diadakan pada satu sessi sahaja iaitu pada sebelah petang.Kelas diadakan pada hari Isnin,Selasa,Khamis dan Jumaat.Kelas ini dibuka untuk semua anak-anak dari penduduk Bandar Seremban Selatan Fasa 3B serta dibuka untuk semua anak-anak penduduk bagi Taman-taman yang berhampiran.

Ahad, 11 Julai 2010

Kerosakkan Siling Surau An-Naim

Surau An-Naim telah mengalami  kerosakkan siling pada hari Rabu 07/07/2010 (24 Rejab 2010) dimana 6 keping siling telah runtuh akibat angin & hujan yang terlalu kuat.Perkara ini telah dilaporkan kepada JAINS pada keesokkan harinya dan pihak JAINS telah menghantar Pegawainya serta kontaraktor yang terlibat pada malam Jumaat yang lalu bagi melihat keadaan sebenar yang berlaku.Kerja-karja membaik pulih telah dilakukan pada 09/07/2010 bersamaan 27 Rejab 1431H ( Sabtu ) ini adalah disebabkan Surau An-Naim akan mengadakan Majlis Sambutan Israk & Mikraj.Pihak Surau An-Naim mengucapkan jutaan terima kasih pada pihak JAINS di atas kerjasama dan bantuan yang telah diberikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan