Surau An-Naim

Surau An-Naim bertempat di Bandar Seremban Selatan Fasa 3B,surau ini merupakan tempat untuk melakukan ibadat berjemaah bagi penduduk di Taman ini.Banyak aktiviti-aktiviti keagamaan telah dijalankan di surau ini.Samada untuk kaum lelaki,perempuan mahu pun kanak-kanak.Surau ini bersebelahan dengan Bangunan KAFA.Sessi pengajian kelas KAFA hanya diadakan pada satu sessi sahaja iaitu pada sebelah petang.Kelas diadakan pada hari Isnin,Selasa,Khamis dan Jumaat.Kelas ini dibuka untuk semua anak-anak dari penduduk Bandar Seremban Selatan Fasa 3B serta dibuka untuk semua anak-anak penduduk bagi Taman-taman yang berhampiran.