Surau An-Naim

Surau An-Naim bertempat di Bandar Seremban Selatan Fasa 3B,surau ini merupakan tempat untuk melakukan ibadat berjemaah bagi penduduk di Taman ini.Banyak aktiviti-aktiviti keagamaan telah dijalankan di surau ini.Samada untuk kaum lelaki,perempuan mahu pun kanak-kanak.Surau ini bersebelahan dengan Bangunan KAFA.Sessi pengajian kelas KAFA hanya diadakan pada satu sessi sahaja iaitu pada sebelah petang.Kelas diadakan pada hari Isnin,Selasa,Khamis dan Jumaat.Kelas ini dibuka untuk semua anak-anak dari penduduk Bandar Seremban Selatan Fasa 3B serta dibuka untuk semua anak-anak penduduk bagi Taman-taman yang berhampiran.

Jumaat, 23 Julai 2010

Kem Ibadat Pelajar 10 & 11 tahun SARA An-Na'im

Kem Ibadat anjuran SARA An Na'im & Pusat At Tabiyan dilangsungkan di Surau An Na'im pada 23hb.Julai 2010 hingga 25hb.Julai 2010.Semasa Kem ini dijalankan pelbagai aktiviti-aktiviti keagamaan didedahkan kepada pelajar yang mengikuti kem ini.Semua pelajar diwajibkan tidur di SARA.Semasa aktiviti ini dijalankan keselamatan pelajar diselia oleh Guru-Guru  SARA An Na'im dengan kerjasama daripada Ahli Jawatan Kuasa Surau An Na'im bagi memastikan segala perancangan yang diatur berjalan dengan lancar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan